[VIDEO] Lelaki cuba serang Imam Masjidilharam diberkas

Dari Penulis


PIHAK berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang cuba menceroboh minbar yang menjadi tempat Imam menyampaikan khutbah Jumaat di Masjidilharam, Mekah dalam satu kejadian sebelum solat Jumaat, semalam.

Memetik Gulf Today, Polis Wilayah Mekah dalam ciapannya berkata, seorang lelaki yang secara tiba-tiba meluru ke arah minbar ketika Imam sedang menyampaikan khutbah kemudiannya ditahan polis.

Gabungan gambar merakamkan kejadian serangan seorang lelaki meluru ke arah minbar sebelum ditahan anggota keselamatan Arab Saudi, semalam.

“Lelaki yang berpakaian ihram dan memegang kayu kecil segera ditahan dan tindakan undang-undang ke atasnya sudah diambil,” tulis ciapan itu.

Sebuah video berdurasi 11 saat menunjukkan seorang lelaki meluru ke arah Imam sebelum dia dijatuhkan ke lantai oleh anggota keselamatan.

Pengguna media sosial kemudiannya memuji kecekapan anggota keselamatan mengarahkan serangan lelaki itu.

Pada Oktober 2020, sebuah kereta merempuh sebuah pintu masuk Masjidilharam sekali gus mencetuskan ancaman keselamatan di Arab Saudi.

Bagaimanapun siasatan mendapati, kereta dipandu seorang lelaki tempatan itu hilang kawalan dan merempuh satu daripada pintu masuk Masjidilharam.

Lelaki itu yang ditahan kemudiannya berdepan tindakan undang-undang Arab Saudi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This