Seorang maut, kereta meletup terputus dua selepas dipanah petir

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas mengalami kecederaan teruk apabila kereta dipandunya meletup dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di Kota Bharu, petang ini.

Dalam kejadian pada 5.38 petang itu, kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua dan lima kenderaan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan.

GAMBAR viral keadaan kereta meletup selepas terkena petir di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di Kota Bharu, petang ini.

BERITA BERKAITAN KONTROVERSI cerita Ustaz Dusuki dipanah petir ketika imamkan solat Tarawih : Ini cerita asalnya

Video dan gambar yang memaparkan kejadian lima buah kereta terbakar di kawasan Simpang Empat, Kampung Sireh di sini juga mula tular dalam media sosial petang ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi Harian Metro berkata, dalam kejadian itu, cermin masjid berdekatan juga pecah akibat letupan kenderaan-kenderaan tersebut.

“Tidak banyak maklumat ketika ini kerana anggota kita masih di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi wartawan sebentar tadi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This