RAMAI sudah bercakap mengenai bilangan kluster tempat kerja dan kaitannya dengan isu perumahan pekerja yang tak mengikut standard.
Terbaru melibatkan satu kejadian di Melaka yang mana satu kilang, 175 positif COVID-19.
Bahkan jumlah itu mungkin bertambah apabila baki kira-kira 600 pekerja kilang di Masjid Tanah itu menunggu giliran menjalani ujian calitan virus itu.
Apa pun, premis terlibat iaitu sebuah kilang memproses ayam diarah menghentikan operasi berkuat kuasa semalam sehingga 4 Jun ini
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman, kebanyakan pekerja kilang itu adalah warga asing selepas menjalani ujian calitan.
“Penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal dijadikan tempat mereka dikuarantin.
“Kerajaan negeri juga berbincang dengan pengurusan syarikat itu kemungkinan memindahkan semua pekerja terbabit ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berhampiran kawasan perindustrian Masjid Tanah.
“Ini kerana asrama pekerja asing sedia ada di rumah kedai berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai,” katanya seperti dipetik daripada laporan Melaka Hari Ini.
 Setakat ini kumpulan pekerja yang psitif terbabit belum diberikan istilah kluster tertentu oleh Jabatan Kesihatan.

Baca artikel berkaitan: Tak payah buka peta cari Nilai 3 di mana, polis sudah serah siasatan ke DPP
Lagi asrama pekerja dikenakan PKPD di Perak – Ismail Sabri
Rahmad berkata, ujian calitan masih diteruskan terhadap baki kira-kira 600 pekerja hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang dijangkiti pandemik berbahaya itu.
Melaka semalam melaporkan pertambahan 175 kes COVID-19 termasuk dua kluster baharu.

Kluster berkenaan melibatkan kluster tempat kerja dan komuniti yang dikesan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Melaka semalam turut melaporkan satu kes kematian akibat wabak itu yang membabitkan seorang individu berusia 69 tahun.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

