City ucap terima kasih, Barca sambut kedatangan Aguero

Dari Penulis

BINTANG Manchester City, Sergio Aguero menamatkan musim terakhir bersama The Citizen dengan penuh bergaya apabila berjaya meledak dua gol ketika pasukkannya membenam Everton 5-0 di Etihad.

Penjaring terbanyak City itu akan meninggalkan kelab selepas final Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Porto minggu depan.

Menurut Aguero, dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan kekal bersama City selama sedekad dengan merangkul pelbagai gelaran.

“Apabila saya datang ke sini, gelaran pertama buat saya adalah paling penting, buat kelab dan saya, kemudian Man City mula menang lebih banyak gelaran jadi saya sangat gembira kerana bukan mudah untuk berada 10 tahun di satu kelab, bagi saya ia satu penghormatan.

“Sebelum perlawanan saya rasa sangat pelik, ia tidak berapa bagus. Saya lebih suka memikirkan mengenai saat yang bagus,” katanya kepada Sky Sports.

Pengurus City, Pep Guardiola tidak dapat menahan sebak selepas wisel penamat di Manchester, menggambarkan Aguero sebagai “individu istimewa buat kami semua.”

“Dia banyak membantu kami. Kami tidak boleh menggantikannya. Ada ramai pemain di kelab ini, Joe Hart dan David Silva membantu kami menjadi kelab seperti kita lihat hari ini.” 

Dalam pada itu, Guardiola turut memberi bayangan bahawa penyerang berusia 32 tahun itu bakal menyertai Barcelona selepas tamat perlawanan musim ini.

“Mungkin saya akan membocorkan sedikit rahsia. Mungkin dia hampir menyetujui perjanjian bersama kelab yang dekat di hati saya, Barcelona.

“Dia akan bermain bersama pemain terbaik sepanjang masa, Messi.

“Saya cukup yakin dia akan menikmati. Dan mungkin Barcelona lebih kuat dengan adanya Aguero di jentera serangan,” katanya kepada BBC.

Penyerang Kebangsaan Argentina itu telah menjaringkan 260 gol dalam 389 permainan untuk Manchester City.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This