Amal kawalan pergerakan kendiri putus rangkaian Covid-19 – Sultan Johor

Dari Penulis

  
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa semua lapisan masyarakat untuk bersikap komited kepada saranan kawalan pergerakan kendiri atau ‘self-lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Baginda bertitah, lebih 7,400 kes yang dicatatkan hari ini sahaja amat membimbangkan.

“Kita perlukan hampir semua pihak duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan. Virus itu tidak bergerak, tetapi disebarkan melalui pergerakan orang ramai. 

“Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar dari rumah, tetapi kita juga perlu ada kesedaran bahawa tindakan kita keluar ke tempat awam mahupun rumah jiran sahaja, akan menyebabkan kita terjangkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain!

“Justeru, semua mesti berdisiplin dan komited bagi menghalang kita semua terjerumus ke dalam situasi yang lebih parah lagi. Kerajaan juga harus mempertimbangkan ‘lockdown’ penuh jika angka Covid tiada tanda penurunan.

“Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Titah Sultan Ibrahim, Baginda amat bersimpati dengan semua petugas barisan hadapan, terutamanya kakitangan perubatan, yang terpaksa menanggung bebanan besar yang dibawa Covid-19.

“Kepenatan dan kegelisahan mereka jelas kelihatan, namun mereka tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Ingat, bukan COVID-19 sahaja penyakit yang perlu mereka tangani.

“Kasihanilah mereka. Kita semua harus bersatu memainkan peranan untuk mengurangkan beban mereka dan putuskan rantaian jangkitan demi kebaikan kita semua,” titah Baginda lagi.

Sementara itu, Sultan Johor telah bertitah dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perbualan telefon dan disembah maklum tentang situasi terkini Covid-19 pada hari ini.

“Kemunculan varian-varian baharu juga amat menakutkan, yang kini boleh dibawa udara (airborne). Jika jangkitan terus menular, saya risau akan bertambah-tambah lagi varian virus berbahaya ini.

“Dalam keadaan tidak menentu kini juga, saya menyeru kepada pihak yang berkemampuan untuk tampil membantu mereka yang telah ditimpa kesusahan dalam apa jua bentuk yang boleh,” titah Baginda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This