KKM kesan 12 kluster berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan 1 kematian

Dari Penulis


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 12 kluster komuniti Covid-19 berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri membabitkan tujuh buah negeri setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 kluster itu dikesan di Sabah (4 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (2), Kelantan (2), Sarawak (1), Selangor (1), Pahang (1) dan Pulau Pinang (1).

Katanya, kesemua kluster itu mencatatkan sebanyak 470 kes positif Covid-19 dengan satu kematian manakala sebanyak 2,541 kes lagi telah disaring.

“Satu kes telah disahkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor manakala dua kes ICU (unit rawatan rapi)  melibatkan Kluster Simpang Sahari di WP Labuan.

“Jumlah ini dijangka akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, Kluster Kepulauan Tumpat yang membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas merekodkan kes jangkitan Covid-19 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri terbanyak dengan 184 kes positif.

Katanya, ia dikuti Kluster Simpang Sahari di Wilayah Persekutuan Labuan dengan 88 kes positif.

Tambahnya, Kluster Taman Sourabaya Indah di Kuching Sarawak Pula merekodkan jangkitan terendah dengan 9 kes positif.

Berikut merupakan pecahan bagi 12 kluster komuniti Covid-19 berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat 13 Syawal:

1) Kluster Jalan Tahir Manan membabitkan daerah Kuala Selangor (24 kes positif)
2) Kluster Kampung Pangkal Payung membabitkan daerah Machang, Kota Bharu,Tanah Merah, Kuala Krai (15 kes positif)
3) Kluster Kepulauan Tumpat membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas (184 kes positif)
4) Kluster Padang Lalang Dua membabitkan daerah Seberang Prai Tengah Pulau Pinang (18 kes positif)
5) Kluster Jalan Dara membabitkan daerah Maran (17 kes positif)
6) Kluster Simpang Sahari membabitkan daerah Labuan (88 kes positif)
7) Kluster Patau-Patau membabitkan daerah Labuan  (23 kes positif)
8) Kluster Melikai membabitkan daerah Kuala Penyu, Labuan (21 kes positif)
9) Kluster Deluxe membabitkan daerah Penampang, Semporna (12 kes positif)
10) Kluster Abaka membabitkan Tawau (45 kes positif)
11) Kluster Muhibbah Dua membabitkan daerah Lahad Datu (14 kes positif)
12) Kluster Taman Sourabaya Indah membabitkan daerah Kuching (9 kes positif) 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This