Rekod baharu lagi hari ini, kes COVID-19 cecah 7,478!

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HANYA 24 jam lalu, kes harian COVID-19 dalam negara buat pertama kalinya melepasi angka 7,000 iaitu sebanyak 7,289 kes.

Hari ini, jumlah jangkitan akibat COVID-19 naik lagi kepada 7,478 kes sekali gus menjadi penularan tertinggi pernah dicatatkan sejak wabak itu mula melanda negara awal tahun lalu.

Penularan lebih tinggi ini bukan sahaja melibatkan Lembah Klang tetapi juga di seluruh negara dengan kebanyakan negeri dan wilayah merekodkan jumlah tiga angka.

Secara keseluruhan, sebanyak 533,367 jangkitan COVID-19 telah pun dikesan setakat ini di seluruh negara.

Jika semalam Selangor merekodkan sebanyak 2,642 kes baharu, jumlah yang dicatatkan hari ini turun sedikit tetapi masih melebihi 2,000 kes iaitu sebanyak 2,455.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam media sosialnya sebentar tadi.

Baca artikel berkaitan: 7,289 kes hari ini! Baru 6 hari kali pertama lepasi angka 6,000

Setakat tengah hari tadi, Kuala Lumpur melaporkan jumlah kedua tertinggi sebanyak 760 kes diikuti Sarawak (640 kes).

Dua negeri di utara tanah air iaitu Kedah dan Pulau Pinang menyaksikan lonjakan kes secara mendadak hari ini berbanding direkodkan semalam.

Di Kedah, sebanyak 542 penularan baharu dikesan berbanding 336 semalam manakala 420 jangkitan dikenal pasti di Pulau Pinang iaitu meningkat sebanyak 40 kes berbanding 380 hari sebelumnya.

Pada masa sama, kes baharu di Kelantan turut mencatatkan peningkatan melebihi angka 500 hari ini kepada 547 jangkitan.

Kebanyakan negeri dan wilayah lain juga kekal melaporkan tiga angka kes harian termasuk Johor (567 kes) dan Negeri Sembilan (370 kes).

Selain itu, Perak pula merekodkan sebanyak 264 kes diikuti Melaka (230) dan Sabah (229).

Dua negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Pahang menurun sedikit hari ini di bawah 200 kes masing-masing sebanyak 177 dan 171 jangkitan.

Sementara itu, insiden baharu di Labuan pula menurun kepada 49 kes manakala 29 penularan dilaporkan di Putrajaya.

Terendah seperti biasa adalah Perlis yang melaporkan hanya lapan kes baharu hari ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MARA bangunkan modul tangani buli mental di MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasama dengan pakar psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan modul khusus untuk menangani...

More Articles Like This