7,289 kes hari ini! Baru 6 hari kali pertama lepasi angka 6,000

Dari Penulis

DUDUKLAH di rumah jika tiada urusan penting kerana angka kes harian COVID-19 hari ini adalah tertinggi yang pernah dilaporkan.

Itulah perkara terbaik yang mampu dilakukan di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sudah diperketatkan mulai hari ini.

Penularan COVID-19 yang sangat tinggi ini bukan sahaja dikesan di Lembah Klang bahkan di seluruh negara.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. GAMBAR: Facebook MKN

Bahkan, statistik kes harian COVID-19 yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyaksikan hari ini kali pertama melepasi angka 7,000.

Tidak mustahil, jika kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP akan menyebabkan angka 7,000 itu menjadi 8,000 pula selang beberapa hari lagi.

Cepatnya virus itu merebak boleh dilihat pada angka dengan kali pertama lepasi 6,000 pada 19 Mei dengan 6,075 kes dan enam hari kemudian iaitu hari ini, 25 Mei sudah cecah 7,289 kes.

Berdasarkan data dikongsikan Dr Noor Hisham, daripada 7,289 kes baharu itu, Selangor kekal tertinggi melibatkan 2,642 kes.

Katanya, ini diikuti Johor (664 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (604 kes).

Sarawak pula mencatatkan 513 kes, Kelantan (425 kes) dan Negeri Sembilan (410 kes).

Terendah seperti biasa adalah Perlis yang melaporkan lapan kes baharu diikuti Putrajaya 23 kes dan Labuan 68 kes.

Semua negeri laporkan pertambahan kes baharu melebihi 200 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Pecahan setiap negeri:

Selangor : 2,642 kes
Sabah : 266 kes
Johor : 664 kes
WPKL : 604 kes
Sarawak : 513 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kelantan : 425 kes
Perak : 218 kes
Kedah : 336 kes
Melaka : 258 kes
Pahang : 211 kes
Terengganu : 268 kes
WP Labuan : 63 kes
WP Putrajaya : 23 kes
Perlis : 8 kes

Baca artikel berkaitan: Vaksin AstraZeneca dibuka tengah hari esok untuk bawah 60 – KJ

6,806 kes baharu! Esok, lusa entah berapa kalau SOP terus diabai

Sementara itu, terdahulu dalam satu hantaran di media sosialnya, Noor Hisham mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiap sedia dengan segala kemungkinan berikutan peningkatan kes baharu COVID-19.

“Kita perlu membuat persiapan bagi menghadapi segala kemungkinan, jadi tolong bantu kami (Kementerian Kesihatan) duduk di rumah.

“Marilah bersama-sama kita putuskan rantaian jangkitan ini.

“Mengabaikan fakta atau data (yang diberikan) ini tidak akan membantu dan ia bukan alasan untuk tidak duduk di rumah.

“Sekiranya mempunyai keperluan mendesak atau perlu hadir bekerja, sila patuhi semua SOP ditetapkan,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This