Lee Seung Gi bawa Lee Da In jumpa nenek, timbul spekulasi perkahwinan makin dekat

Dari Penulis

SELEBRITI terkenal Korea Selatan, Lee Seung Gi dilaporkan telah membawa Lee Da In berjumpa neneknya di Sokcho yang boleh membawa maksud bahawa mereka bakal menjejaki alam perkahwinan dalam tempoh yang dekat.

Pasangan tersebut sebelum ini telah mengesahkan mengenai percintaan mereka yang telah berputik sejak hujung tahun lepas.

Menurut laporan daripada Soompi, hubungan mereka terjalin apabila sering bertukar pendapat mengenai lakonan dan berkongsi hobi yang sama iaitu bermain golf.

Sejak Mac lalu, timbul gosip hangat apabila pasangan selebriti tersebut dikatakan sedang melakukan persiapan perkahwinan, namun kedua-duanya tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Setelah membuat pengakuan mengenai hubungan percintaan mereka pada Ahad lalu, gosip perkahwinan mereka kembali menjadi perbualan hangat lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan sudah bertemu keluarga masing-masing.

Sehingga kini, agensi pengurusan mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gosip perkahwinan tersebut.

Selepas tular berita mengenai hubungan percintaan mereka, netizen mendapati Lee Seung Gi masih mempunyai cita rasa yang sama terhadap wanita idamannya apabila wajah Lee Da In hampir sama dengan wajah bekas teman wanitanya iaitu Yoon A Girls’ Generation.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi keselesaan peminat, konsert Homecoming Ella berpindah ke Setia Spice Arena pada 22 Ogos depan

BERITA baik buat pencinta muzik rock tanah air dan peminat tegar Ratu Rock Negara! Konsert berskala besar yang paling...

More Articles Like This