Dakwaan sudah putus cinta, ini penjelasan Lee Seung Gi

Dari Penulis

PELAKON terkenal Korea, Lee Seung Gi menepis dakwaan netizen berkenaan hubungan cintanya bersama Lee Da In yang didakwa sudah berakhir.

Seung Gi dalam sebuah kenyataan memberitahu bahawa dia tidak begitu gemar untuk berkongsi hal peribadinya sebelum ini kerana gusar jika tersalah memberi kenyataan sekaligus menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.

“Sebab pertama saya tidak mengulas perkara ini ketika ia sedang diperkatakan adalah kerana percaya bahawa fikiran saya tidak akan disampaikan dengan jelas dengan kata-kata beremosi.

“Keduanya saya takut jika memberi sebarang kenyataan akan diputar belit dan khabar angin menjadi lebih teruk.

“Saya harap anda semua boleh memahami kenapa saya berdiam selama ini walau banyak pihak yang meminta kepastian,” ujarnya memetik daripada portal Soompi.

Menurut pelakon drama sensasi Vagabond itu lagi, dia menjalani hari-hari yang biasa bersama Da in dan tidak berfikir untuk mengulas perkara itu dengan lebih laju gusar akan timbul salah faham.

“Tiada apa yang berubah sejak kami mula bercinta dahulu. Saya tidak mahu komen lanjut tentang hal ini,” jelasnya lagi.

Gosip berkaitan pasangan itu menjadi semakin hangat sejak kebelakangan ini apabila tiada respon yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak.

Untuk rekod, dikatakan bahawa Seung Gi dan Da In telah mula bercinta pada penghujung tahun 2020. Kali terakhir agensi bagi kedua-dua pihak memberi kenyataan tentang hubungan mereka adalah pada bulan Mei tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This