PPV pandu lalu akan diperluas untuk mudahkan penerima

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SETIAP negara seluruh dunia sedang berusaha mempercepat proses pemberian vaksin bagi mencapai imuniti berkelompok secepat mungkin.

Ada negara termasuk India dan Amerika Syarikat (AS) telah pun melaksanakan pemberian vaksin secara pandu lalu bagi memudahkan penduduknya memperoleh imunisasi tanpa perlu bersesak-sesak.

Perkara sama sedang diusahakan di Malaysia selepas kejayaan projek ‘pilot’ yang dilaksanakan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, kerajaan akan memperluas pelaksanaan pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu dalam usaha meningkatkan lagi kadar vaksin.

Pada masa sama, kata beliau, ia juga bertujuan memberi kemudahan kepada penerima vaksin tanpa perlu turun daripada kenderaan.

Khairy malah berkata, sudah ada beberapa negeri yang memohon kebenaran untuk melaksanakan PPV secara pandu lalu.

“Saya akan memberi penerangan lebih lanjut esok. Saya cuma meminta masa 24 jam untuk menetapkan panduan berkaitan hal-hal keselamatan. Apabila selesai, negeri lain boleh melaksanakan PPV pandu lalu.

Baca artikel berkaitan: 1,500 PPV swasta akan mula beroperasi sebelum 30 Jun

“Hal keselamatan perlu sebab kita tak mahu individu itu hadir dan terus berlalu pergi selepas disuntik. Perlu ada tempoh pemerhatian.

Seorang individu menerima vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian. GAMBAR: Twitter JKAJVMY

“Kita risau jika ada seorang penerima datang, suntik dan terus pergi tetapi lima minit kemudian dia pengsan. Bagaimanapun, idea itu sangat baik. Projek di USM itu pun berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Walau bagaimanapun, Khairy memaklumkan, kadar vaksinasi di PPV secara pandu lalu mungkin tidak sebesar yang dilakukan di PPV mega seperti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, PPV mega tetap menjadi lokasi pemberian vaksin paling penting dalam PICK.

“Kalau kita tengok video pusat vaksin di Arizona, AS yang dibuka 24 jam tular sebelum ini, hanya 8,000 dos sehari berjaya diberikan. Di PWTC, kita laksanakan 9 pagi hingga 9 malam pun kita dapat 8,000 dos.

“Walaupun PPV pandu lalu ini bagi kelebihan dari segi keselesaan dan memudahkan orang ramai tetapi masih tidak boleh mencecah kadar pemberian dos di PPV mega,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This