Tan Sri Dr Lim Kok Wing meninggal dunia

Dari Penulis

TOKOH pendidikan yang merupakan pengasas Universiti LimKokWing, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai pagi ini pada usia 75 tahun.

Berita pemergian tokoh tersebut dikeluarkan dalam satu kenyataan oleh universiti tersebut hari ini.

“Dengan rasa sedih yang mendalam kami memaklumkan pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, Presiden Pengasas kami.

“Berwawasan, karier Tan Sri penuh dengan kreativiti, dan dia membantu mengembangkan pendidikan inovatif di peringkat global dan memperkasa terutama negara membangun.

“Rasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang diberikan banyak pihak, kami meminta privasi ketika meratapi pemergian seorang lelaki yang sangat kami banggakan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini mendiang dilaporkan berada dalam keadaan stabil ketika menerima rawatan di hospital akibat jatuh di rumahnya.

Pada 1991, mendiang menubuhkan Lim Kok Wing Institute of Creative Technology yang pertama dan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti.

Mendiang dikenali sebagai antara tokoh pendidikan negara terutama dalam bidang kreatif dan inovasi.

Beliau sebelum ini pernah menerima anugerah Kejuaraan Komanwel atas kejayaannya menyatupadukan belia dalam bidang pendidikan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This