Manifestasi solidariti, penjawat awam potong 3 bulan elaun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DALAM menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown yang bermula hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus), malam tadi.

Inisiatif terbaharu kerajaan bernilai RM40 bilion itu dilaksanakan bagi membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat terutama ekoran pelaksanaan PKP kali ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengumumkan semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai bulan ini dengan pemotongan gaji tersebut disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara.

Sebagai tanda solidariti dan prihatin kepada usaha berkenaan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali mengumumkan sebahagian elaun penjawat awam akan turut dipotong selama tiga bulan untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Menurut Mohd. Zuki, ia melibatkan sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 sehingga Gred 41 yang dinikmati kakitangan awam ketika ini.

Baca artikel berkaitan: Menteri, Timbalan Menteri tidak ambil gaji selama 3 bulan mulai Jun

Kata beliau, sumbangan daripada lebih 800,000 penjawat awam yang tidak merangkumi petugas barisan hadapan serta kakitangan Gred 1 hingga Gred 28 itu dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

“Kita memahami penjawat awam sentiasa menjadi tulang belakang kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan.

“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan kakitangan awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan penetapan sumbangan yang dikongsi Mohd. Zuki, elaun ITK yang dinikmati Gred JUSA A ke atas akan dipotong sebanyak 50 peratus; 20 peratus bagi JUSA B; 10 peratus JUSA C dan lima peratus bagi Gred 44 sehingga 56.

Elaun ITKA yang dinikmati Gred 29 hingga 41 pula akan dipotong sebanyak RM10 selama tiga bulan.

Mohd. Zuki berkata, surat edaran dan perincian mengenai pelaksanaan tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga kita.

“Marilah kita meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen dalam memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara serta membantu memastikan kita berjaya mengharungi tempoh yang mencabar ini,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This