400 sertai kayuhan santai sempena Jelajah AKM Kedah

Dari Penulis

Kira-kira 400 peserta terdiri daripada penjawat awam dan orang ramai menyertai Program Fun Ride sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah. 

Program yang bermula pada 8.10 pagi dari Dataran Pahlawan Alor Setar disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norizan Khazali serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah Mohd Firdaus Ahmad.

Program kayuhan santai itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori orang awam sejauh 25 kilometer (km) manakala satu lagi kategori membabitkan penjawat awam bersama ketua jabatan sejauh 11km, yang juga kayuhan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pegawai Teknikal program Fauzan Fuad berkata untuk kategori orang awam, kayuhan tamat di Dataran Pahlawan manakala bagi penjawat awam bersama Mohd Zuki dan ketua jabatan serta kenamaan lain adalah di bangunan Wisma Darul Aman di sini.

“Dalam kayuhan CSR ini Ketua Setiausaha Negara bersama yang lain akan berhenti di pit stop untuk memberikan bakul makanan kepada asnaf,” katanya ketika ditemui Bernama semasa acara pelepasan peserta program yang disempurnakan Mohd Zuki hari ini.

Fauzan berkata cabutan bertuah yang menawarkan hadiah motosikal menanti peserta dalam kategori orang awam. 

Jelajah AKM Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam di Stadium Darul Aman di sini adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor. 

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This