Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Zaini Ujang diumumkan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zuki, Zaini, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, UTM dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Persekitaran, Universiti Newcastle di United Kingdom.

Baca artikel berkaitan: Mohd Zuki dilantik semula Ketua Setiausaha Negara dua tahun lagi

Beliau berkata, Zaini berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pendidikan, perancangan, penyelidikan dan alam sekitar khususnya teknologi air.

“Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UTM pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 1 Oktober 2011.

“Zaini juga pernah berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Pengajian Tinggi dan KSU Kementerian Alam Sekitar dan Air.

“Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat merealisasikan visi kementerian sebagai ‘Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Negara’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This