TNB teruskan bacaan meter, hantar bil fizikal ketika PKP penuh

Dari Penulis

TENAGA Nasional Berhad (TNB) memaklumkan akan meneruskan operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal seperti biasa sepanjang tempoh sekatan pergerakan (PKP) penuh, bermula esok.

TNB dalam satu kenyataan menyatakan sepanjang fasa pertama pelaksanaan PKP penuh dari 1 hingga 14 Jun depan, operasi akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

TNB turut mengumumkan, perubahan berkaitan waktu operasi beberapa perkhidmatannya.

Katanya, Kedai Tenaga akan dibuka mulai 9 pagi hingga 1 petang, manakala waktu operasi Kios Pembayaran Layan Diri TNB di lokasi terpilih dibuka 8.15 pagi hingga 8 malam.

Bagi perkhidmatan TNB Careline, pengguna boleh membuat aduan gangguan bekalan dan lampu jalan dengan menghubungi talian 15454 yang dibuka 24 jam.

Bagi pertanyaan akaun, bil dan lain-lain, pelanggan boleh menghubungi talian 1300-88-5454 yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pengguna boleh mengemukakan sebarang pertanyaan menerusi Facebook TNB Careline dan Twitter @Tenaga_Nasional yang beroperasi 24 jam.

Pengguna juga disarankan mengikuti media sosial TNB bagi mengetahui sebarang perubahan semasa, tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This