Peluang hadir kursus usahawan percuma selama 12 hari bersama mentor terkenal, Dr Azizan

Dari Penulis

RICHWORKS International Sdn Bhd (RichWorks) bersama pengasasnya dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman kini sedang menjalankan program khas selama 12 hari bermula semalam yang ditawarkan secara percuma.

Program khas secara dalam talian itu bertujuan bagi menyokong dan membantu masyarakat usahawan terutamanya ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penu atau ‘Total Lockdown’ yang bermula hari ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, program tersebut itu ditawarkan kepada semua usahawan terutama yang terkesan dengan keadaan pandemik di seluruh negara.

“Dr Azizan bersama RichWorks terpanggil untuk menganjurkan program ini kerana kami faham situasi dan kesusahan yang dilalui sesetengah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini.

“Sebab itu, Dr Azizan bersedia meluangkan masa sekitar 90 minit setiap malam bermula malam tadi sehingga 12 Jun (kecuali Ahad),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Program RichWorks Business Bootcamp 101 bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Siri Khas “Total Lockdown: MCO 3.0” akan diadakan dalam platform Zoom selama 90 minit, bermula pukul 9 malam selama 12 hari dari 31 Mei hingga 12 Jun.

Tambahnya, RichWorks mahu menyokong dan membantu seberapa ramai usahawan yang betul-betul nak pastikan bisnes bukan saja dapat bertahan, malah berkembang walaupun ketika PKP atau ‘total lockdown’.

“Ini merupakan peluang terbaik bagi usahawan, suri rumah, mereka yang jalankan bisnes sampingan atau sedang rancang nak buat bisnes mendengar sendiri panduan dan tips Dr Azizan secara langsung.

BERITA BERKAITAN 3,500 usahawan mikro dijangka terima manfaat Warongku

“Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman dalam melatih dan membimbing lebih 1.1 juta usahawan sejak 2008 dengan sekitar 777 anak didik RichWorks berjaya mencatat jualan lebih RM2 bilion meskipun ketika pandemik tahun lalu dapat membantu mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, program ini akan berkongsikan 12 kunci asas membina bisnes berjaya buat usahawan dalam hampir kesemua industri yang ada.

“12 topik penting ini antaranya kunci memilih produk atau perkhidmatan, pemasaran, jualan dan bina pasukan akan melengkapkan seseorang itu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, insyaAllah.

“Seperti kata Dr Azizan pada sesi pertama yang dijalankan lebih 3 jam semalam, program ini bukannya ‘ubat kuat’ di mana anda belajar terus berjaya. Tapi jika difahamkan dan disusuli tindakan pasti akan ada hasil dan perkembangan positif hingga dapat capai kejayaan langkah demi langkah,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut, usahawan dan orang ramai boleh sertai Telegram AzizanOsmanOfficial – https://t.me/AzizanOsmanOfficial .

Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Sepanjang 13 tahun yang lalu, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This