Pemimpin politik didakwa cabul peserta Ratu Kaamatan ditahan

Dari Penulis

POLIS hari ini menahan seorang pemimpin politik Sabah yang didakwa mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Kaamatan, baru-baru ini.

Pemimpin bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang digantung keahlian oleh parti itu baru-baru ini ditahan polis ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Asia City, Kota Kinabalu kira-kira pada pukul 1 tengah hari tadi.

Ketika sidang akhbar itu berlangsung, beberapa anggota polis hadir di pejabat pemimpin tersebut menyebabkan beliau terpaksa menghentikan sidang akhbar dan berjumpa dengan beberapa anggota polis berkenaan.

Tidak lama selepas itu, pemimpin tersebut dilihat meninggalkan pejabatnya dengan menaiki sebuah kenderaan polis yang tidak bertanda dipercayai menuju ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Difahamkan, sidang media dibuat berhubung tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap dua individu dan sebuah laman blog mengenai insiden perselisihan faham antara dirinya dengan pengawal keselamatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Sementara itu, Hazani berkata, peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk hadir rakaman keterangannya, hari ini.

Katanya, wanita berusia 20-an itu dipanggil bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Berdasarkan salinan laporan polis bertarikh 21 Mei lalu yang tersebar di media sosial, peserta Unduk Ngadau terbabit mendakwa diraba di paha, tangan, leher dan belakangnya dalam sebuah kereta ketika mengikut suspek keluar makan malam di Kota Kinabalu,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Status pelarian bukan tiket kebal undang-undang, kata Saifuddin Nasution

STATUS pelarian tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang Malaysia, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau...

More Articles Like This