Imej ‘ngeri’ MRI bayi cetus perdebatan, ada kata macam Mr. Bean

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PEMERIKSAAN kandungan menggunakan imbasan ultrabunyi mungkin sesuatu yang mengujakan buat para ibu mengandung serta pasangan mereka, terutama yang menanti kelahiran bayi sulung masing-masing.

Dengan teknologi terkini, anda sudah boleh melihat proses tumbesaran bayi yang dikandung seawal beberapa minggu selepas disahkan mengandung.

Namun, imej yang dipaparkan melalui imbasan ultrabunyi tidaklah begitu terperinci.

Seorang pengguna TikTok, @madmedicine yang juga seorang doktor mendedahkan kepada orang ramai imej-imej imbasan pengimejan resonans magnetik atau MRI yang agak “mengerikan”.

Di dalam video pendek itu, beliau memaparkan beberapa imej imbasan MRI menunjukkan tengkorak bayi, dengan otak dapat dilihat dengan jelas, dan juga kelihatan seperti bayi-bayi itu tidak mempunyai kelopak mata.

“Pertama sekali, saya tidak tahu bagaimana saya ingin menjelaskan hal ini kepada ibu yang sedang hamil.

“Kedua, saya ragu ada ibu yang ingin tahu bahawa anaknya di dalam kandungan kelihatan seperti ini,” katanya sambil memaparkan imej imbasan MRI yang telah dibesarkan.

“Jawapannya mudah, demi ibu, kami tidak akan menunjukkan imej-imej ini. Kecuali mereka benar-benar ingin melihatnya,” tambahnya.

Baca artikel berkaitan: Gempar lubang gergasi seluas 80 meter muncul depan rumah

Video tular tersebut telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali sejak 25 Mei lalu dan mendapat lebih daripada 6,000 komen yang sarat dengan perdebatan yang melucukan tentang persamaan imej imbasan MRI bayi ini dengan pelbagai makhluk.

“Sangat penting untuk menunjukkan kepada ibu mengandung akan raksasa yang akan dilepaskan ke dunia,” Tulis seorang penonton di ruangan komen.

“MRI kedua itu nampak seperti Mr. Bean,” gurau seorang lagi pengguna yang merujuk kepada pelakon karakter tersebut, Rowan Atkinson.

Seorang lagi pengguna menulis “Tidak, saya tidak dapat tidur dengan lena mengetahui ia di dalam kandungan saya,”

Namun, terdapat juga yang mempunyai pandangan yang berbeza apabila mereka berminat untuk mendapatkan dan menyimpan imej imbasan MRI tersebut sebagai kenang-kenangan.

“Saya mahukannya. Ini akan menjadi kad Krismas keluarga kami” tulis seorang pengguna.

“Omg! Saya patut minta imej imbasan ini sewaktu saya mengandung. Saya akan paparkan imej ini di setiap sambutan hari jadi anak-anak saya!” tulis seorang pengguna lagi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This