“Kalau aku kaya..” – Remaja 17 tahun jadi jutawan BSN SSP termuda

Dari Penulis

“KALAU aku kaya.. hari-hari Hari Raya,” nyanyi Ultimate dalam lagunya sebagai membayangkan banyak perkara yang akan dilakukannya apabila bergelar jutawan dan bergelar orang kaya.

Tetapi bagi seorang remaja lelaki dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang, dia tidak perlu berangan-angan lagi kerana impiannya telah menjadi kenyataan apabila melakar sejarah apabila menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) .

Remaja bertuah tersebut telah dipilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Bulan April 2021 dan membawa pulang sijil yang bernilai RM1 juta yang menjadikan pemenang termuda dalam sejarah BSN SSP.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata remaja itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.

BERITA BERKAITAN Menang lagi! Warga emas menang RM1 juta cabutan SSP, sebelum ini menang BMW

“BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan telah kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tahun ini BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.

Khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain.

Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN), manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This