Kandungan masuk trimester kedua, Elly Mazlein masih ‘pulun’ kerja! – “…jantina anak rahsia…”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI serba boleh, Elly Mazlein hanya akan berhenti berehat sementara waktu apabila kehamilannya memasuki usia lapan bulan.

Dedah Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, buat masa ini dia masih lagi aktif melunaskan tuntutan kerjaya seni.

“Usia kandungan saya kini sudah lima bulan. Bersyukur sangat kerana sepanjang kehamilan keadaan kesihatan saya okay saja.

“Sehingga kini saya masih lagi ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan sebelum saya mula berehat bila kandungan dah masuk usia lapan bulan.

“Jadual saya dari segi pengacaraan agak padat sehingga Ogos hadapan. Tapi alhamdulillah, rakaman hanya dilakukan di studio.

“Cuma kerja-kerja lakonan saja ditangguhkan sebab tengah dalam fasa ‘total lockdown’,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, Elly masih belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi keduanya itu.

Menurut Elly, ketika ini dia hanya memohon semua pihak mendoakan yang baik-baik sepanjang kehamilannya.

“Insya-Allah bila sudah tiba masa yang sesuai, saya akan kongsi juga jantina anak.

“Tapi buat masa ini, saya rahsiakan (jantina) dulu. Cuma saya minta semua dapat doakan kesihatan saya dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat,” ujarnya.

Elly berkongsi gambar ‘ultrasound’ bayi keduanya

Mengulas mengenai perkembangan seni, Elly diberi tanggungjawab untuk mengacarakan program terbaharu di TV3 iaitu Sumbang Suara.

“Konsep program ini lain daripada yang lain sebab ia bukanlah rancangan yang mencari penyanyi bersuara merdu tetapi kita mahukan mereka yang menyanyi sumbang.

“Saya sukakan format Sumbang Suara ini sebab saya tak perlu terlalu terikutkan skrip. Kebanyakan dialog yang saya lontarkan semuanya secara spontan.

“Selain saya, Datuk Awie dan Hazama juga bertindak selaku juri tetap,” tuturnya.

Sumbang Suara bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di TV3.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This