preloved item

Melepaskan barang kesayangan memang sukar, lebih-lebih lagi jika ia mempunyai nilai sentimental kepada si pemilik. Pelbagai alasan kukuh untuk anda menjual item preloved antaranya jika ia belum digunakan, ia sudah tidak diperlukan, memiliki barang yang sama atau mungkin anda ingin tukar wardrobe dengan item baharu. Jom lihat antara tip untuk menjual item preloved.

1. Pilih saluran jualan atau promosi yang tepat sama ada anda ingin menjualnya secara online atau offline.

2. Jangan guna gambar yang kabur apabila ingin memuat naik item yang ingin dijual di internet.

3. Jika item tersebut adalah pakaian, pastikan ianya dalam keadaan yang rapi dan kemas. Contohnya baju yang sudah digosok dan digantung.

4. Elakkan mengambil gambar item dengan berlatar belakangkan keadaan yang tidak kemas dan bersih.

5. Sertakan informasi mencukupi tentang produk yang ingin dijual bagi memudahkan pembeli mengetahui maklumat tepat tentang produk.

6. Nyatakan dengan jelas dan jujur kondisi dan sebarang kecacatan atau kerosakan pada produk jika ada.

7. Nyatakan harga untuk memudahkan urusan jual beli.

8. Penjelasan tentang kenapa barang tersebut ingin dijual. Sertakan kelebihan barang tersebut.

9. Sentiasa bersedia dengan memberi maklum balas segera kepada calon pembeli jika ada sebarang pertanyaan tentang produk.

10. Nyatakan dengan jelas syarat lain seperti kaedah penghantaran, rundingan harga atau kos tambahan lain.