Noh Omar, Syed Hamid kembali bersama UMNO

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DUA tokoh veteran UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Syed Hamid Albar disahkan kembali menyertai parti tersebut.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor 2026, hari ini.

Kepulangan mereka disambut meriah oleh para penyokong dan pimpinan UMNO yang hadir ke majlis tersebut.

“Ada pemimpin yang sangat ternama dari negeri Selangor pun hadir pada hari ini, Tan Sri Noh Omar kita beri tepukan gemuruh.

“Seorang lagi pemimpin veteran selamat kembali Tan Sri Syed Hamid ke bumi Johor Darul Takzim,” katanya.

Noh digugurkan keahlian daripada UMNO pada Januari 2023 sebelum kemudiannya menyertai Bersatu.

Sementara itu, Syed Hamid merupakan antara tokoh kanan UMNO yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri dan Menteri Dalam Negeri serta pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Dalam majlis sama, Onn Hafiz turut mengalu-alukan kehadiran bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas penggantungan keahlian beliau ditarik balik.

“Tidak lupa juga kepada Ayah Chik saya Datuk Seri Hishammuddin…alhamdulillah berkat perjuangan Datuk Seri (Ahmad Zahid Hamidi) kita semua kembali untuk memenangkan Barisan Nasional,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This