Pemuda UMNO Jasin sediakan kenderaan untuk pesakit COVID-19 ke CAC

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO bahagian Jasin hari ini mengambil inisiatif menyediakan sebuah van khas kepada semua pesakit COVID-19 dalam parlimen tersebut untuk membawa mereka yang positif ini ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, antara permasalahan utama yang selalu terjadi pada saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang positif COVID-19 adalah masalah kenderaan untuk membawa mereka ke CAC sebelum mereka di bawa ke PKRC MITC ataupun hospital.

“Dengan peningkatan kes COVID yg semakin tinggi, maka bebanan petugas kesihatan untuk menyediakan kenderaan membawa mereka ini ke CAC juga adalah amat terhad,” maklumnya kepada UMNO Online.

Katanya, dengan risiko mendapat jangkitan, ada dalam kalangan saudara mara mereka tidak berani membawa pesakit tanpa persediaan lengkap seperti PPE.

Malah, katanya, ada juga di antara mereka yang tidak boleh memandu kenderaan sendiri disebabkan suami ataupun bapa sudah dimasukkan ke hospital terlebih dahulu.

“Maka kita mengambil inisiatif untuk mengurangkan bebanan mereka yang positif ini di dalam Parlimen Jasin untuk membawa mereka yang positif ini ke CAC,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka.

Tambahnya, perkhidmatan ini adalah secara percuma berdasarkan kekosongan jadual van tersebut.

“Mana-mana individu yang ingin menggunakan khidmat ini, boleh menghubungi mana-mana AJK Pemuda UMNO Bahagian ataupun Ketua Pemuda UMNO cawangan masing-masing.

“Kami faham kesukaran yang anda semua hadapi di saat begini, maka biarlah kesukaran itu kita kongsi bersama. Moga Allah melindungi kita semua,” ujarnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This