“Ini pakaian harian saya” – Elizabeth Tan jawab isu makin seksi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Elizabeth Tan menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya semakin seksi selepas mendirikan rumah tangga.

Jelas Elizabeth atau Lizzy, dia hanya memakai pakaian yang selesa dengan gaya yang dibawakan dan tidak menganggap ia terlalu menjolok mata.

“Pemilihan pakaian yang anda lihat di media sosial, itu adalah diri saya yang sebenar. Saya rasa ia tidaklah terlalu seksi kerana ia memang cara pemakaian saya setiap hari.

“Malah, jika anda ‘follow’ wanita yang sama bangsa dengan saya di Instagram, anda akan nampak perbezaan seksi mereka dengan diri saya.

“Mereka lebih seksi berbanding saya. Malah, suami pun turut berpesan buat mereka yang sering mempertikaikan cara pemakaian saya, ini adalah pakaian harian saya setiap hari,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, ujar Lizzy, 28, sejak mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Siew Jim,30, rutin hariannya berjalan seperti biasa.

Katanya, walaupun sudah bergelar isteri, namun dia masih tetap orang yang sama dan tiada apa yang berubah.

“Saya masih orang yang sama. Saya menerima banyak mesej langsung (DM) daripada pengikut yang marah dan kecewa bila tahu saya telah berkahwin.

“Malah, ramai yang ‘unfollow’ akaun media sosial saya. Selain itu, ada yang masih meninggalkan komen lucah dan nakal di ruangan komen.

“Suami saya hanya memberikan reaksi ketawa bila membaca komen mereka…dia (suami) seorang yang tidak ambil tahu sangat hal begitu,” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This