Markis Kido meninggal dunia akibat serangan jantung

Dari Penulis

DUNIA badminton Indonesia diselubungi kesedihan apabila bekas pemain beregu negara itu, Markis Kido meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Berita kematian pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 itu diketahui apabila ia dimaklumkan oleh bekas pemain wanita badminton Indonesia, Yuni Kartika melalui akauan Twitternya sebelum ia disahkan oleh Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI).

‘’Ia benar (Markis Kido meninggal dunia). Dia terkena serangan jantung  selepas bermain (badminton),’’ Yuni kepada portal berita Kumparan, malam ini.

Menurut Yuni, dia tidak pasti pukul berapa Markis Kido yang berusia 36 tahun itu meninggal dunia.

Sepanjang kariernya, Markis Kido meraih pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008 ketika berpasangan dengan Hendra Setiawan selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Cai Yun dan Fun Haifeng.

Setelah bersara daripada sukan itu, Markis Kido sempat menjadi jurulatih beregu belia bawah 15 tahun dan 17 tahun Kelab Jaya Raya.

Sementara itu, portal berita Tribunenews.com melaporkan, Setiausaha Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia Gatot S Dewa Broto terkejut dengan kematian lagenda badminton Indonesia itu.

‘’Secara jujur saya terkejut mendengar berita ini. Saya sangat sedih atas pemergian Markis Kido, saya percaya perasaan yang sama dirasai oleh seluruh rakyat Indonesia,’’ katanya.

Gatot mengimbas kembali bagaimana kementeriannya menjemput Markis Kido sebagai bintang tamu dalam pertandingan memilih pemain badminton untuk memasuki Sekolah Khusus Olahraga (Sekolah Khas Sukan).

Beliau berkata, tanpa diduga kehadiran Markis Kido menarik perhatian ramai peserta untuk menyertai pemilihan tersebut.

Selain pingat emas Sukan Olimpik Beijing yang dianggap menyelamatkan maruah Indonesia, Markis Kido dan Hendra turut memenangi pingat yang sama di Sukan Asia 2010 serta memenangi beberapa kejohanan besar antara Sukan SEA 2005, Kejuaraan Dunia 2007 serta Kejuaraan Badminta Asia 2005 dan 2009.

Sementara itu, Hendra Setiawan melalui akaun Intagramnya melahirkan rasa sedih yang mendalam dan menganggap Markis Kido sebagai salah satu pasangan terbaik sama ada ketika suka mahupun duka.

‘’Dia salah seorang pemain yang luar biasa dan sangat berbakat. Saya ingin mengucapkan terimakasih kerana telah menjadi pasangan yang sangat baik buat saya dalam waktu menang mahupun kalah.

‘’Terimakasih sudah berpasangan bermula dari nol (tiada apa-apa) dan berjuang bersama selama 14 tahun. Terimakasih Kido dan Selamat Jalan,’’ coret Hendra.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This