SELEBRITI Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Berita itu dikongsikan sendiri BCL menerusi entri di Instagram miliknya selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan.
“Saya baru dapat keputusan dan disahkan positif virus corona.
“Ketika ini saya sedang menjalani isolasi kendiri dan Insya-Allah akan kembali sembuh tidak lama lagi.
“Saya sarankan orang ramai untuk mengambil langkah selamat dengan menjaga kesihatan.
“Tolong jaga diri anda dan orang yang tersayang. Tingkatkan sistem imunisasi badan dan sila ambil berat tentang perkara ini,” tulisnya.
Terdahulu, BCL dilihat sedang bercuti bersama anak tunggalnya, Noah Sinclair di pulau peranginan Bali, Indonesia.
Rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar BCL segera diberikan kesembuhan sekaligus dijauhkan daripada wabak berjangkit itu.

