Lisa & Yusry pilih nama Yunos Laith untuk anak ketiga

Dari Penulis

GENAP tujuh hari melahirkan anak ketiga, pelakon Datin Lisa Surihani telah berkongsi nama bayi lelakinya kepada umum.

Lisa yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim memilih Yunos Laith yang diambil bersempena dengan nama seorang nabi.

ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! Yusry & Lisa Surihani dapat anak ketiga

“Assalamualaikum semua! Kami ingin memperkenalkan adik kami yang berusia tujuh hari. Nama dia ialah Yunos Laith Bin Yusry.

“Yunos adalah nama seorang nabi dan Laith pula membawa maksud berani seperti seekor singa. Kami sayang dia sangat.

“Dia dilahirkan pada 15 Jun iaitu sama tarikh dengan Daddy. Alhamdulillah, terima kasih semua untuk doa dan ucapan,” katanya.

Lisa turut memuat naik gambar anak-anaknya yang sedang meriba Yunos Laith.

Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012. Selain Yunos, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata, Yahaira Leanne,6, dan Yusof Leonne, 4 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This