Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi cengkih yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
1 sudu besar mentega
½ sudu kecil rosemary
½ sudu kecil pasli
½ sudu kecil daun pudina
2 nos bunga cengkih – kisar
1/8 sudu besar serbuk bawang
1 sudu besar kelapa sangai
½ sudu kecil garam
180gm nasi putih
Sedikit parutan kulit lemon

CARA
1.Panaskan kuali dan cairkan mentega dengan api sederhana
2.Masukkan rosemary, oregano, pasli, daun pudina, bunga cengkih dan tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan nasi dan kelapa sangai. Goreng sehingg sebati.
4.Masukkan serbuk bawang dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
5.Masukkan sedikit parutan kulit lemon ke dalam nasi. Gaul sebati dan sedia dihidang.

Resepi: Cef Norman Musa