Tip mudahkan anda tidur

Dari Penulis

Tahukah jika anda rasa pening atau terhuyung-hayang sepanjang hari itu tandanya anda kurang tidur. Kualiti tidur sangat penting kerana sangat mempengaruhi aktiviti seharian anda.

Untuk membantu anda mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, berikut beberapa tip ataupun helah yang mungkin berguna untuk anda.

1. Cawan kopi terakhir pada pukul 2 petang

Purata seseorang mengambil masa untuk menyingkirkan kafien dalam sistem tubuh adalah kira-kira lima hingga tujuh jam. Untuk menyingkirkan 75 peratus kafien yang berada dalam tubuh pula mengambil masa lapan hingga 10 jam.

Maka jika anda mengambil secawan kopi ataupun apa-apa minuman berkafien lewat petang atau malam, sudah tentu ia mengganggu waktu tidur anda. Jadi sebaik-baiknya ambillah kafien sebelum pukul 2 petang.

2. Tukar waktu aktiviti kegemaran pada sebelah pagi

Mungkin ada antara kita yang sanggup berjaga hingga lewat malam semata-mata ingin meluangkan masa melakukan perkara yang disukai seperti membaca novel.

Daripada membazir masa melakukan aktiviti kegemaran pada waktu tidur, apa kata lakukan perkara tersebut pada awal pagi. Dengan cara itu, anda akan teruja untuk masuk tidur dengan lebih awal supaya anda dapat bangun awal untuk aktiviti kesukaan. Lagipun membawa buku ketika menikmati sarapan pagi kan bunyinya lebih menarik.

3. Cuci bersih & kemas tempat tidur anda

Anda akan terdorong untuk masuk tidur lebih awal andai cadar dan bilik tidur berbau lebih wangi dan selesa. Betul kan?

4. Kafien nap

Ambil 15 minit nap sebaik sahaja anda minum secawan kopi. Kajian mendapati gabungan antara kedua-duanya lebih efektif berbanding mengasingkan aktiviti tersebut. Ini kerana kafien mengambil masa 15 minit untuk memberi kesan ke atas tubuh, jadi sementara menunggu kafien bertindak balas dengan tubuh apa kata anda tidur sebentar. Jadi ada akan lebih sedar selepas terjaga.

5. NO gajet 2 jam sebelum tidur

Mungkin sukar untuk dilakukan. Tapi faktor inilah yang paling banyak mengganggu tidur anda. Terlampau terdedah kepada cahaya biru sebelum tidur boleh menggganggu penghasilan melatonin iaitu hormon yang mengawal putaran tidur anda.

Ada banyak alat yang boleh membantu mengawal menghalang cahaya biru terus kepada mata seperti F.Lux yang mana kecerahan cahaya boleh disuramkan. Untuk lebih mudah, anda juga boleh menggunakan blue-blocking sunglasses jika terdesak untuk menggunakan gajet sebelum tidur.

6. Hangatkan kaki

Kita pasti akan mudah untuk tidur di dalam bilik yang bersuhu sejuk. Ini kerana tubuh memerlukan suhu yang lebih rendah untuk tidur. Bagaimanapun jika suhu terlampau sejuk, ia boleh menyebabkan kaki menjadi sejuk dan dingin.

Apabila kaki dan tangan menjadi sejuk, maka itu juga boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan mengakibatkan haba di dalam tubuh terperangkap dan menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memakai sepasang stoking ketika tidur adalah penyelesaian paling berkesan untuk anda dapatkan tidur lebih berkualiti.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This