Resipi pengat labu mudah dan sedap

Dari Penulis

Pengat labu adalah antara jenis pengat yang menjadi kegemaran ramai. Jom cuba resipi pengat labu ini. Berbaloi untuk dicuba dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN-BAHAN:
800 gm labu kuning- potong panjang
120 gm gula kabung- hiris halus
50 ml air
40 gm gula
2 helai daun pandan
1 kg santan
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan sedikit air ke dalam periuk. Kemudian masukkan daun pandan dan gula kabung. Kacau hingga rata.
2.Masukkan labu dan biarkan sehingga mendidih selama 15 minit atau sehingga labu empuk.
3.Selepas itu, tuangkan santan dan kacau perlahan-lahan.
4.Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.

Resipi: Nurul Khariani


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This