Selepas dua bulan, Sari Yanti dedah wajah & nama anak kelima

Dari Penulis

SETELAH dua bulan melahirkan anak kelima, pelakon Sari Yanti akhirnya berkongsi wajah dan nama cahaya mata lelakinya itu kepada umum.

Sari yang juga isteri kepada pelawakk dan penyampai radio, Jep Sepahtu, sepakat memilih nama Abu Bakar Mohd. Nadzri buat bayi mereka.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Abu Bakr bin Mohd. Nadzri.

“Perkenalkan anak saya yang nombor lima,” tulisnya dalam Instagram.

Malah, Sari turut berkongsi sekeping gambar anaknya menerusi entri yang sama.

Pelakon Kisah Kaisara itu melahirkan Abu Bakr pada 15 Mei lalu.

Ini merupakan anak ketiga bagi Jep dan anak kelima buat Sari.

Menerusi perkahwinan pertama dulu, Sari dikurniakan dua orang anak lelaki.

Untuk rekod, Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Selain Abu Bakr, keluarga mereka diserikan dengan kehadiran dua orang lagi cahaya mata, Dariya Inara,3, dan Muhammad Khidir yang berusia setahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This