PELAKON veteran, Chick Vennera dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 74 tahun di kediamannya di Burbank, California, Amerika Syarikat, akibat kanser.
Berita sedih itu disahkan oleh anak perempuannya, Nicky Vennera pada hari ini.
Vennera memulakan karier seninya pada 1975 dan mula mencuri perhatian peminat selepas aksinya menari di atas kereta menerusi filem Thank God It’s Friday pada 1978 mendapat sambutan.
Dalam filem itu, Vennera turut berlakon disamping Donna Summer, Debra Winger dan Jeff Goldblum.
Selain itu, dia juga pernah membintangi dalam sitkom popular, The Golden Girls pada 1989. Dalam cerita itu, Vennera terbabit dalam tiga episod disamping pelakon Beatrice Arthur, Betty White, Rue McClanahan dan Estelle Getty.
Pada era 90-an, Vennera turut aktif menyumbang suaranya dalam program animasi, antaranya Capitol Critters, Batman: The Animated Series, The Real Adventures of Johnny Quest, Animaniacs and Pinky dan The Brain.
Filem The Milagro Bean field War pada 1988 telah berjaya melonjakkan namanya sebagai pelakon versatil.
Menerusi naskhah arahan Robert Redford’s, Vennera membawakan watak sebagai Joe Mondragon.
Vennera meninggalkan isteri, Suzanne dan anak tunggalnya, Nicky

