Ifa Raziah ‘cancel’ temu janji vaksin, ingat dapat Pfizer tapi…

Dari Penulis

SELEBRITI Ifa Raziah teruk dihentam netizen selepas bertindak membatalkan janji temu vaksinasi di saat akhir kerana memilih jenis vaksin Pfizer.

Walau bagaimanapun, Ifa menerusi laman sosial TikTok menafikan tindakannya berbuat demikian tiada kaitan dengan dakwaan memilih vaksin.

Jelas Ifa, dia terpaksa membatalkan niat untuk mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi hantaran lain di Instagram miliknya. Ifa atau Saripah Raziah Mustapha memberitahu dia bukan sengaja mahu berkelakuan sedemikian, tetapi dia merasakan vaksin Pfizer lebih sesuai untuk dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac.

‘Bukan nak kata vaksin lain tu tak okey dan Pfizer saja yang paling bagus. Tapi untuk kes macam saya ni, penyakit yang saya ada, cuma Pfizer sahaja yang sesuai.

“Ini bukan soal nak ke luar negara ke apa. Sama sekali tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar negara sekarang pun,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi kemas kini terbaharu di Instagram Story Ifa, dia menegaskan bahawa tiada niat untuk menghasut orang awam agar tidak mendapatkan suntikan vaksin.

“Kalau saya nak pilih Pfizer ke Sinovac ke, tak salah kan? Bukannya saya minta dadah!.

“Yang penting saya nak ambil vaksin bukannya nak menghasut orang lain jangan ambil vaksin,” ujarnya.

Tindakan kurang bijak Ifa itu telah membangkitkan kemarahan warganet yang menganggap dia mensia-siakan pemberian vaksin yang diberikan kepadanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This