Tidak pernah mengenal erti putus asa, penyanyi Mel Malisa terus memperjuangkan minatnya dalam bidang nyanyian dan kini muncul dengan single terbaharu berjudul Sama Tak Serupa.

Menurut Mel atau nama sebenar Malisa Janudin, 37, lagu bergenra pop rock itu adalah kemunculan semula dirinya dalam industri setelah beberapa tahun menyepi tanpa lagu baharu.

“Saya rasa teruja akhirnya lagu ini menemui pendengar. Ini adalah ‘comeback’ saya dalam industri muzik tanah air.

“Lagu Sama Tak Serupa adalah ciptaan sepenuhnya Asfan Shah dan diterbitkan oleh Rusa Music Sdn Bhd.

“Ia mengisahkan tentang sepasang kekasih yang mempunyai banyak perbezaan namun cinta telah menyatukan mereka.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan dan respon yang diberikan tentang lagu ini positif dan sangat baik. Saya rasa bersyukur lagu ini dapat diterima pendengar,” kata Mel.

Single Sama Tak Serupa diterbitkan oleh Rusa Music Sdn Bhd ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music. Manakala video muzik rasmi  boleh ditonton di saluran Youtube Rusa Music bermula 12 Julai 2021.

Sekadar info, Mel pernah menyertai dan bergelar juara pertandingan nyanyian anjuran URTV, Bintang Gempaq URTV pada tahun 2000 ketika beliau berusia 16 tahun.

Pada tahun 2002 pula, Mel telah muncul dengan sebuah album berjudul Rapuhnya Cintamu dengan menggunakan nama Malisa J dibawah naungan Music Valley.

Pada tahun 2013, saya sekali lagi mencuba nasib dengan kemunculan single berjudul Curiga bergenre R&B ciptaan Damian Mikhael dan lirik oleh Altimet.

Pada tahun 2018, Mel muncul dengan single Gerbang Jiwa selepas bergelar juara program Rockanova terbitan Astro pada 2017.