BERADA di dapur hampir setiap hari, sudah pasti terdapat seribu macam kerumitan yang terpaksa dihadapi, terutama sekali apabila mengendalikan peralatan memasak.
Kadang kala sukar untuk menghilangkan kekotoran yang melekat pada bekas-bekas makanan. Usah gusar kerana ada tip bagi mengatasi masalah sedemikan.
HILANGKAN BAU GORENGAN
Letakkan secawan kecil peluntur berhampiran dengan tempat anda menggoreng makanan. Bahan peluntur menyerap bau-bauan yang keluar daripada makanan yang anda sedang goreng.

KESAN KOTORAN PADA BEKAS PLASTIK
Gunakan campuran soda penaik dengan sedikit air. Kemudian, gosok ke atas kotoran. Seterusnya, bilas dengan cuka dan cuci seperti biasa.
KETUHAR GELOMBANG KEKAL BERSIH
Bagi menghalang makanan yang dipanggang berbau tidak sedap, letakkan secawan soda penaik dalam ketuhar gelombang sebaik sahaja anda menggunakannya. Ini penting bagi mengelak ia berbau aroma makanan lain yang anda panaskan sebelum itu.

MUDAHKAN KERJA MEMOTONG
Kerja-kerja memotong bahan-bahan masakan akan menjadi lebih mudah jika anda meletakkan sehelai tuala lembap di bawah permukaan papan pemotong. Papan tersebut tidak akan bergerak-gerak dan ia mempercepatkan lagi proses memotong.


