Pati lemon madu, sesuai buat ubat batuk dan kurangkan kolestrol. Wajib ada di rumah

Dari Penulis

Pati lemon madu ini cukup sesuai dijadikan ubat batuk dan untuk mengurangkan kolestrol. Cara membuatnya juga cukup mudah dan menggunakan bahan semulajadi.

Malah, lebih lama disimpan, rasanya lebih sedap dan buahnya boleh dimakan. Apa yang penting, rasanya tidak pahit.

Peringatan, ini ialah pati, jadi untuk makan, digalakkan untuk tambahkan air bersama.

Malah boleh juga ditambahkan ke dalam teh dan jadikan teh lemon.

Cara :

1. Rendam enam biji lemon dengan air garam selama 10 minit. Kemudian bilas dan basuh bersih.

2. Potong nipis dan buang biji.

3. Tambah halia, jika tidak mahu tambahkan halia pun tak mengapa. Cuma halia bagus untuk kesihatan.

4. Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli dan secubit garam. Tidak perlu tambah air.

5. Gaul sebati dan nanti air jus dari lemon akan keluar dengan sendiri. Apabila sebati, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh diamalkan keesokannya hari.

6. Untuk kurangkan kolestrol, minum sehari sekali sebelum tidur.

Sumber : Siti Hasnah AR


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This