Tak imbas kod Mysejahtera kesalahan paling banyak di kilang

Dari Penulis

TIDAK mengimbas kod MySejahtera merupakan kesalahan paling banyak dilakukan oleh kilang-kilang, kata Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kilang yang melakukan kesalahan dan gagal mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan

‘Kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tidak mengimbas kod MySejahtera; sedangkan ia penting kerana di dalam aplikasi tersebut akan memaparkan status kesihatan pekerja berkenaan.

“Dalam MySejahtera ada tulis berisiko tinggi atau tidak, yang berisiko tidak dibenarkan bekerja sebab itu kita mahu pengimbasan itu dilakukan,” katanya kepada wartawan di Klang, hari ini, lapor BERNAMA.

Sebelum itu beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyertai Op Patuh di kilang membuat komponen elektrik dan kilang makanan di sekitar bandar tersebut. 

Ismail Sabri berkata, pelbagai alasan diberikan oleh pihak pengurusan kilang kepada pihak berkuasa termasuk tidak mengetahui pekerja mereka tidak mengimbas kod MySejahtera walaupun arahan telah jelas diberikan.

Katanya, masih banyak kilang yang melakukan kesalahan, contohnya pada Rabu lepas, sebanyak 180 kilang ditutup, selain banyak kompaun dikeluarkan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan berkaitan SOP. 

Ismail Sabri berkata, sejak 25 Jun sehingga 16 Julai, 994 premis ditutup, 3,610 kompaun dikeluarkan dan 112 tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa menerusi Op Patuh. 

“Seperti Op Patuh yang kita lakukan di sebuah kilang makanan di sini, 85 pekerja didapati tidak membuat imbasan MySejahtera, selain itu juga kesalahan lain dikesan seperti tidak ada penjarakan fizikal dan tiada pensanitasi tangan mahupun pengimbas suhu disediakan.

“Walaupun kesalahan itu tidak menyebabkan kilang ditutup, tetapi ia boleh dikenakan kompaun dan pihak polis yang akan menentukan berapa jumlahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, keputusan kerajaan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor semalam dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya difahamkan oleh KKM bahawa saringan besar-besaran telah dilakukan sejak 14 hari lepas, kita dinasihatkan untuk membukanya (menamatkan PKPD). Jadi ini adalah nasihat daripada KKM,” katanya sambil menambah PKPD tetap diteruskan secara lokaliti. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA tidak gentar lawan PH, PN di Johor – Ka Siong

MCA menegaskan parti itu tidak gentar berdepan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau pertandingan pelbagai penjuru pada Pilihan...

More Articles Like This