KERAJAAN melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 32 lokaliti yang membabitkan empat negeri berkuat kuasa mulai Selasa ini hingga 2 Ogos depan.
Empat negeri yang akan menjalani perintah berkenaan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 itu ialah Kelantan dengan dua lokaliti, Sabah (13 lokaliti), Perak (16 lokaliti) dan satu lokaliti di Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas mengambil kira penilaian risiko dan pola jangkitan COVID-19, Majli Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk melaksanakan PKPD di 32 lokaliti membabitkan empat negeri.
“PKPD di Kelantan meliputi dua lokaliti di mukim Bukit Jawa, iaitu Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebanyak 16 lokaliti dikenakan di Perak, iaitu Taman Melor Fasa 1, Kampung Baru 19 1/2, Kampung Batu 20, Taman Tapah/Taman Bunga Raya dan Kampung Datuk, Taman Sri Damai 1/Taman Sri Damai 2, Taman Tapah 2, Taman Sri Asoka serta Kg Baru Kg Pahang.
Turut sama, Kg Batu 5 Tapah Road, Kg Baru Pekan Getah, Kg Batu Melintang, Kg Tanah Mas, Taman Awam 3 Bidor/Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor dan Taman Bidor Jaya/Kg Cegar Tambahan/Kg Cegar.
Perintah sama juga dikenakan 13 lokaliti di Sabah yang membabitkan Kampung Long Kiangan, Kampung Ranau-Ranau, Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya, Kuarters Kilang Permai Kaya, Kampung Muhibbah, Ladang Agathis, Kampung Solob, Kampun Tunas Baru, Kampung Dandulit Matunggong, Kampung Bakalau dan Kampugn Nosoob.
BERITA BERKAITAN 12 lokaliti di empat negeri dikenakan PKPD – Ismail Sabri
Satu lokaliti di Sarawak ialah di Kuching, iaitu Kampung Emperoh Nyira Grait.
Ismail yang juga Menteri Pertahanan berkata MKN juga bersetuju menamatkan PKPD di lima lokaliti, membabitkan dua di Sabah dan masing-masing satu di Kelantan, Selangor dan Perak.
Sehubungan itu, katanya, PKPD di Kampung Jambatan Baru, Membakut, Beaufort, Sabah yang mula dilaksanakan sejak 6 Julai ditamatkan mengikut jadual, iaitu mulai tengah malam ini.
Arahan penamatan perintah sama dilaksanakan di Blok 6, Kampung Titingan, Tawau, Sabah, selain Kuarters Ladang Lepan Kabu (A&B) serta sebahagian kawasan Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelatan.
PKPD di kuarters penempatan pekerja (CLQ) Gamuda Garden, Kundang Jaya, Rawang, Selangor, yang mula dilaksanakan pada 30 Jun lalu turut ditamatkan berkuat kuasa tengah malam ini, seperti mengikut jadual.
Mukim Batang Padang dan Bidor, Perak yang dikenakan perintah sama mulai 10 Julai lagi pula ditamatkan lebih awal, mulai tengah malam ini, berbanding jadual asal pada 23 Julai depan.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebook

