babydash

BABYDASH, kedai bayi dalam talian mengumumkan syarikat itu berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM1.27 juta (AS$300) sebagai salah satu usahanya perkembangan perniagaan, termasuk memasuki pasaran serantau.

Pusingan ‘pembiayaan jambatan’ (bridge funding) itu merupakan titik mula kepada pusingan dana masa depan yang melibatkan para pelabur institusi dan pemodal teroka terkemuka.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Babydash, Lavinie Thiruchelvam berkata, untuk pembiayaan tersebut, Babydash sekali lagi mendapat sambutan baik daripada komuniti ibu bapa yang kebanyakannya terdiri dari pelanggan dan pengguna Babydash.

Lavinie Thiruchelvam (kiri) dan Kashminder Singh

“Pengumpulan dana ini juga menyaksikan penyertaan Kerajaan Malaysia melalui Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MYCIF) yang mengukuhkan lagi sokongannya untuk mendigitalisasikan ekonomi negara dan pada masa yang sama, keyakinannya terhadap Babydash,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Babydash adalah destinasi membeli-belah dalam talian yang menyediakan pelbagai produk ibu dan bayi tulen.

Lavinie berkata, pembiayaann kali ini adalah pusingan kedua pengumpulan dana untuk Babydash melalui pendanaan ekuiti ramai (ECF) di pitchIN.

Pendanaan pertama mereka pada pertengahan 2017 mencapai jumlah sebanyak RM2 juta dengan dana tersebut berjaya dilaburkan untuk mengembangkan perniagaan dan pendapatannya meningkat tiga kali dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 46 peratus dari tahun ke tahun.

“Untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Babydash telah melabur dalam teknologi baru yang meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan dan juga kemampuan analitik datanya, yang kemudiannya berjaya mencapai objektif utamanya untuk memberi perkhidmatan pelanggan atas talian yang terbaik,” katanya.

Katanya, hasil pelaburan kempen ini telah mendorong Babydash untuk maju ke tahap berikutnya, meningkatkan prospek dan saiz pasaran mereka di Malaysia di samping mengembangkan pasaran Singapura mereka mengembangkan perniagaan mereka di rantau ini.

Lavinie berkata, kejayaan pengumpulan modal dalam jangka masa amat pendek memungkinkan Babydash menggandakan aktiviti utama yang disasarkan untuk memperluas asas pelanggan dan produknya secara agresif.

BERITA BERKAITAN Babydash lancar pusingan kedua kumpul dana tambahan, sasar kutipan RM1 juta

“Ia mendorong peningkatan pendapatan untuk setiap transaksi, meningkatkan jejak mereka di rantau ASEAN dan kini perancangan untuk menggandakan saiz syarikat dalam 12-18 bulan ke depan sedang rancak berjalan,” katanya.

Babydash telah melalui proses evolusi dimana profil mereka dipadankan dengan permintaan pelanggan runcit yang sering berubah. Walaupun pasaran utama mereka terus berkembang pesat, terdapat perubahan ketara dalam keutamaan pelanggan yang mencari platform khusus seperti Babydash yang boleh dipercayai.

“Apabila seseorang melakukan transaksi di luar talian lazimnya ianya berakhir di situ namun berbeza di Babydash di mana ianya merupakan permulaan hubungan jangka masa panjang.

“Tren yang dilihat adalah pelanggan terus meningkatkan kadar perbelanjaan online mereka, menunjukan terdapatnya permintaan produk berkualiti tinggi dan secara tidak langsung menunjukkan aras kesetiaan mereka kepada Babydash dalam persekitaran dalam talian yang kondusif dan selamat,” katanya.

Ketua Pegawai Strategi pitchIN, Kashminder Singh berkata, Babydash adalah salah satu daripada kejayaan cemerlang tahun ini untuk pitchIN.

“Salah satu nilai penting Babydash dalam kejayaan mereka di dalam pengumpulan dana ini adalah mereka sentiasa tampil terserlah berbanding yang lain dari awal dengan perancangan perniagaan yang kukuh,” katanya.

Kashminder juga memberi komen bahawa, pitchIN dalam enam bulan pertama tahun 2021 telah melampaui angka pengumpulan dana dalam beberapa tahun terakhir, meskipun pandemik COVID-19 telah mempengaruhi banyak perniagaan di Malaysia.

“Kami gembira kerana para pelabur terus melabur di platform pitchIN, membolehkan syarikat berpotensi besar seperti Babydash dibiayai. pitchIN berada di jalan yang strategik untuk mencatat prestasi yang lebih tinggi tahun ini, dengan banyak lagi tawaran pelaburan yang akan dijalankan tidak lama lagi,” katanya. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram