paratha1

KONSEP kesihatan dan kecergasan hari ini dilihat lebih dinamik dan sentiasa berubah mengikut gaya hidup serta keadaan semasa.

Hakikatnya, menjaga kesihatan dan kecergasan diri merupakan satu pilihan dan bukannya kebetulan.

Justeru pemilihan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang dalam diet harian turut menjadi budaya hidup kebanyakan masyarakat hari ini.

Senario itu enjadikan permintaan makanan sihat di pasaran meningkat dan peluang ini direbut oleh Tisha’s Food Manufacturing Sdn. Bhd. dengan menghasilkan Paratha Low Cab (rendah kabohidrat).

Sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet, Paratha Low Cab ini juga sesuai untuk individu yang menghidap penyakit kencing manis, obesiti, gerd, arthritis dan kanser.

Menurut Pengarah Eksekutif Tisha’s Food Manufacturing Sdn. Bhd., Shamsul Shah Sulaiman, 49, rangkaian produk kesihatan keluaran syarikatnya merupakan inspirasi daripada Tun Dr. Daim Zainuddin.

Tun Dr. Daim Zainuddin ketika melawat kilang Tisha’s Food.

“Pemakanan yang seimbang adalah kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat, namun, ramai juga tidak menyedari peranan pengambilan makanan berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

“Jadi kami mengambil peluang ini untuk sama-sama menghasilkan produk makanan sihat dan rangkain produk kesihatan Tisha’s merupakan inovasi yang dilakukan untuk memenuhi permintaan masyarakat yang mengamalkan pemakanan sihat.

“Ternyata keputusan kami untuk keluarkan produk makanan sihat tepat pada masanya dan sekurang-kurangnya ia memberi pilihan kepada orang ramai untuk merasai makanan kesihatan yang pelbagai,” ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di Kawasan Perindustrian Kepong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ternyata usaha Shamsul dan isterinya, Atika Ramli, membuahkan hasil apabila inovasi berkenaan berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Mengulas lanjut mengenai rangkaian produk tersebut, Shamsul memberitahu, Paratha Low Carb cab dihasilkan 100 peratus daripada tepung kelapa.

Diperkenalkan di pasaran sejak 24 Mei lalu, Paratha Low Carb dihasilkan setelah setahun melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan produk tersebut mencapai kepuasan yang dikehendaki pelanggan.

Yang pasti, produk ini bebas gula, tepung gandum, gluten, kacang, dan tenusu. Selain boleh dimakan begitu sahaja, Paratha Low Cab turut dijual bersama hidangan sampingan seperti sambal paru, daging masak hitam, rendang ayam, sambal udang, ayam butter, dan kari daging.

“Apa yang istimewa mengenai sajian ini, selain parathanya yang rendah kabohidrat, hidangan sampingan yang dijual bersama juga merupakan sajian sihat.

“Kami bekerjasama dengan selebriti Catriona Ross (Kak Kek) dalam menghasilkan hidangan sihat ini dan umum ketahui Catriona juga mengamalkan pemakanan sihat dalam diet hariannya.”

Diet ini dibangunkan oleh Puan Roslina dari Asianketo yang mana beliau telah membangunka resipi ini lebih lima tahun yang lalu. Puan Roslina merupakan pengamal diet Keto dan juga bekas penghidap penyakit kanser yang kini telah sembuh.

“InsyaAllah, walaupun rangkain produk makanan Tisha’s adalah rangkaian produk makanan sihat, tapi pelanggan masih boleh menikmati sajian enak dengan pelbagai lauk kegemaran ramai,” tuturnya lagi.

Dijual pada harga sekotak RM38 (enam keping paratha dan sejenis hidangan sampingan), Paratha Low Cab ini pastinya
berbaloi untuk dicuba.

Tisha’s Paratha Low Carb masih belum berada didalam rangkaian pasar raya besar tetapi produk-produk lain Tisha’s boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar seperti Giant, Mydin, Aeon, Lulu, Sogo, Village Grocer, B.I.G, ST Rosyam Mart, Sri Ternak, OTK, dan PDM.

Produk Tisha”s juga boleh dibeli secara dalam talian di Shopee, Jocom, Go Shop, dan Lazada.

PELBAGAI produk keluaran Tisha’s Food

Hari ini dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan seluruh negara, orang ramai yang ingin mendapatkan produk sihat ini juga boleh layari laman sesawang www.tishasfood.com.my atau hubungi talian 019-355 5818. – UtusanTV