Ifa Raziah selesai terima dos pertama Pfizer

Dari Penulis

HASRAT penyanyi dan pengacara Ifa Raziah yang mahu menerima suntikan vaksin jenis Pfizer akhirnya tercapai selepas disuntik dos pertama di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor, semalam.

Kata Ifa, dia bersyukur proses vaksinasinya berjalan lancar dan menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pusat perubatan berkenaan atas layanan baik yang diberikan.

“Syukur Alhamdulillah saya sudah mendapat suntikan vaksin Pfizer untuk dos pertama di sebuah hospital di Bangi.

“Terima kasih banyak-banyak di atas layanan yang diberikan. Ke semua kakitangan sangat baik dan prihatin kepada semua pengunjung yang hadir menerima suntikan vaksin,” katanya menerusi hantaran video di Instagram.

Menerusi video tersebut, Ifa atau nama penuhnya Saripah Raziah Mustapha,46, kelihatan tenang ketika menerima suntikan vaksin.

Terdahulu, Ifa mencetuskan kontroversi apabila menolak suntikan vaksin jenis Sinovac disebabkan timbul kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Tegas Ifa, tindakannya membatalkan temu janji itu bukan disebabkan dirinya cerewet atau demand’ tetapi atas nasihat doktor yang menyarankan dirinya untuk mendapatkan vaksin Pfizer disebabkan faktor alahan terhadap ubat-ubatan yang dialaminya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This