Anak-anak kecil dan remaja juga mempunyai peluang untuk membesar dengan imej tubuh badan yang negatif melalui apa yang mereka lihat seperti di media, tekanan rakan sebaya walaupun tekanan dari ibu bapa.

Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui cara atau lalai dalam mengawal tabiat pemakanan anak-anak mereka, mencipta tekanan dan mereka membesar dengan pemakanan yang tidak sihat. Contohnya, jangan menggunakan makanan sebagai ganjaran atau hukuman.

Pemakanan adalah sangat penting bagi anak-anak yang membesar, oleh itu daripada memarahi mereka apabila mereka mengatakan mereka lapar, ajarilah anak anda dengan mengajar kepada mereka bagaimana cara untuk membuat beberapa jenis snek ringan yang sihat.

Bantu mereka dalam mempelajari mengenai pemakanan yang berkhasiat dan manfaatnya apabila memakan pelbagai jenis makanan. Tanamkan tabiat pemakanan yang sihat dari kecil dan jadikan diri anda sebagai ‘role model’ atau model utama terbaik.

Di sini terdapat beberapa cara untuk anda mempromosikan imej tubuh badan yang sihat kepada anak-anak anda:

✎ Berikan pujian kepada anak anda sekerap yang mungkin dari segi kekuatan, pencapaian dan usaha mereka.

✎ Elakkan memberi komen terhadap berat badan anda sendiri. Cuba untuk tidak menggunakan perkataan seperti ‘gemuk’, ‘buruk’ atau ‘menjijikkan’ untuk menggambarkan diri anda ataupun orang lain.

✎ Perkenalkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang melibatkan aktiviti-aktiviti luar dan cergas.

✎ Jadikan diri anda sebagai ‘role model’ atau model utama kepada anak anda, dari itu mereka boleh melihat dari segi saiz atau penampilan yang tidak membataskan aktiviti anda bersama mereka.

✎ Galakkan anak gadis anda untuk bergiat dalam sukan dan sediakan baginya peralatan sukan yang diperlukan. Hadirkan diri anda dalam setiap sukan yang disertai oleh anak gadis anda dan tunjukkan rasa bangga anda dalam setiap penyertaannya dalam sukan itu, sama ada anak gadis anda seorang atlet yang mahir ataupun tidak.

✎ Mengenal pasti kenaikan berat badan, seperti tumbesaran buah dada dan pinggul, ini adalah bahagian-bahagian normal apabila meniti akil baligh atau awal remaja.

✎ Bekalkan anak anda dengan maklumat yang lengkap berkenaan umur akil baligh, haid dan seksual yang sihat.

✎ Ajarkan anak anda berkenaan ‘kepelbagaian’. Beritahu anak anda bahawasanya terdapat beberapa golongan yang datangnya dari pelbagai ketinggian, berat, saiz, warna kulit, kemampuan fizikal. Sesungguhnya, perbezaan-perbezaan ini menjadikan golongan ini unik. Tunjukkan rasa hormat dalam kerjaya dan pencapaian seseorang wanita itu selain dari saiz tubuh badan dan sifat-sifat fizikal yang lain.

✎ Jadilah pendengar yang setia apabila anak anda meluahkan akan pengalamannya diusik, dibuli dari segi jantina, saiz, kemampuan fizikal dan warna kulit. Berikan anak anda ‘tip- tip’ untuk berhadapan dengan situasi seperti ini atau hubungi pihak yang berkenaan yang sememangnya berurusan perihal kes ‘dibuli’ ini.

✎ Luangkan masa anda untuk berbincang atau mengambil tahu akan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian anak anda. Cubalah hadirkan atau ciptakan suatu suasana kediaman atau ‘home’, di mana membuatkan anak anda berasa selesa dan selamat untuk berbicara dengan anda tentang tubuh badannya.

Penulis : DATUK DR. NOR ASHIKIN AHMAD MOKHTAR