Polis tahan 49 lelaki kerana solat Aidiladha di luar surau

Dari Penulis

SERAMAI 49 individu yang kebanyakannya warga asing ditahan semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila mereka mengadakan solat sunat Aidiladha di luar sebuah surau.

Kesemua mereka terdiri daripada 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan ditahan secara berasingan oleh polis di sekitar Juru selepas tular video menunjukkan mereka solat di kawasan terbuka dan tepi jalan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya dan boleh membahayakan nyawa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Difahamkan kesemua mereka berusia 20 hingga 40-an itu ditahan dalam operasi bermula 11 pagi apabila kira-kira 200 individu menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan surau Taman Pelangi, Juru, selepas surau berkenaan sudah melebihi kapasiti 100 jemaah dibenarkan mengikut SOP perintah kawalan pergerakan.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai tindakan kumpulan lelaki di kawasan perumahan berkenaan sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya bermula jam 8.30 pagi hingga 9 pagi.

BERITA BERKAITAN Warga asing langgar SOP solat Aidiladha, polis mulakan siasatan – Hamzah

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, laporan berhubung kejadian itu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“(Ketika ini) siasatan dan tindakan untuk kenal pasti semua individu yang terlibat untuk diambil tindakan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Polis Pulau Pinang memberikan laporan dan penjelasan terperinci berhubung penugasan anggotanya yang dipertanggungjawab untuk memantau pematuhan SOP semasa perayaan Aidiladha.

Hamzah dilaporkan berkata laporan dan penjelasan itu perlu diberikan dalam kadar segera berikutan penularan video pelanggaran SOP ketika solat sunat Aidiladha di kawasan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This