JANGKITAN baharu akibat wabak COVID-19 seluruh negara merekodkan sedikit penurunan hari ini di bawah paras 12,000.
Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 11,985 kes telah dilaporkan menjadikan jumlah penularan seluruh negara mencecah 951,884 kes sejak mula dikesan awal tahun lalu.
Sebagai rekod, kes harian tertinggi yang direkodkan di Malaysia adalah sebanyak 13,215 pada 15 Julai lalu.
Seperti hari-hari sebelum ini, Lembah Klang terus menjadi penyumbang tertinggi kes baharu COVID-19.
Selangor malah mencatatkan peningkatan kepada 5,550 jangkitan berbanding 5,524 semalam.
Walau bagaimanapun, kes baharu di Kuala Lumpur merekodkan penyusutan kepada 1,174 hari ini.
Penurunan kes juga dikesan di Negeri Sembilan yang mencatatkan 745 jangkitan berbanding 970 semalam.
Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 naik semula cecah 12,366, KL lebih 1,500
Namun begitu, berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, beberapa negeri menyaksikan lonjakan mendadak kes baharu hari ini.
Peningkatan tertinggi dilaporkan di Pahang yang melonjak kepada 603 kes baharu berbanding 288 dikesan semalam.
Pada masa sama, kes baharu di Kedah turut meningkat kepada 800 kes hari ini.
Tidak ketinggalan, Melaka dan Kelantan yang memperlihatkan lonjakan kes baharu masing-masing kepada 453 dan 386 hari ini.
Semalam, Melaka merekodkan 309 manakala Kelantan pula mencatatkan 179 jangkitan baharu.
Sementara itu, penurunan jangkitan baharu dapat dilihat di Johor yang merekodkan 644 kes diikuti Sabah (474) dan Sarawak (261).
Kes juga menyusut di Pulau Pinang (362), Perak (274) dan Terengganu (171).
Labuan dan Putrajaya juga masih kekal melaporkan dua angka kes masing-masing sebanyak 35 dan 51 jangkitan.
Hanya dua kes dilaporkan di Perlis hari ini.
Berikut pecahan kes mengikut negeri:
Sehingga 21 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,985 kes (951,884 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,550 (337,897)
WPKL – 1,174 (101,926)
Johor – 644 (80,991)
Sabah – 474 (76,927)
Sarawak – 261 (72,213)
Negeri Sembilan – 745 (64,084)
Pulau Pinang – 362 (40,118)
Kelantan – 386 (38,293)
Kedah – 800 (34,756)
Perak – 274 (32,142)
Melaka – 453 (26,288)
Pahang – 603 kes (19,839)
Terengganu – 171 (13,158)
WP Labuan – 35 (9,503)
WP Putrajaya – 51 (3,117)
Perlis – 2 (632)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

