Lelaki provokasi polis ketika dikompaun direman empat hari

Dari Penulis

MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan kes provokasi polis ketika dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesyen minyak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

“Polis memohon reman daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

BERITA BERKAITAN Ingkar SOP: 156 tidak pakai pelitup, 118 gagal daftar masuki premis – Ismail Sabri

Terdahulu, suspek dengan tangan bergari dibawa bersama tahanan lain di kompleks Mahkamah Majistret untuk mendapat perintah reman.

Sebelum ini, tular video suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis bertugas ketika dia dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika dia mengisi minyak kereta di stesen minyak di Sri Damansara, baru-baru ini

Video secara langsung itu tular di Facebook (FB) itu menunjukkan bagaimana lelaki tersebut mempertikaikan tindakan polis terhadapnya dari awal dikenakan kompaun sehingga dia meninggalkan tempat kejadian.

Suspek kemudiannya ditahan di apartment di Bandar Sri Damansara, 10 malam tadi.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This