Remaja 17 tahun antara 13 didakwa merusuh di Jinjang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 13 lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan merusuh dalam kejadian di Jinjang Utara, awal bulan ini.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Tertuduh ialah T Kavilan, 25, Wong Kui Yoong, 51, Leow Mun Yee, 33, Leong Chun Kit, 26, Yam Kit Lun, 21, Lim Zhen Huang, 31, Tan Kai Hao, 30, Teh Jin Huat, 40, Wong Kai Yan, 24, Lim Eng Hoon, 24, Kong Wai Lun, 22, Tan Hwa Yuan, 19, serta seorang remaja berusia 17 tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka bersama lima lagi individu yang masih bebas didakwa terbabit dalam rusuhan menggunakan batang kayu rotan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara pada jam 3.27 petang, 11 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Iman Nurhidayah Ezani memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan pertuduhan berkenaan adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam Nur Ashiqeen Mohd Sultan yang mewakili sembilan tertuduh memohon mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan anak guamnya diikat jamin.

Bagi empat lagi tertuduh iaitu Zhen Huang, Kai Hao, Zhi Ming dan Jin Huat yang diwakili peguam Mona Anak Leonard Lubon, permohonan turut dibuat supaya jaminan ditetapkan pada kadar minimum dengan alasan mereka memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh remaja itu serta dua lagi tertuduh berusia 19 dan 21 tahun diikat jamin RM4,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Bagi 10 tertuduh lain, mahkamah menetapkan jaminan RM5,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 13 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen.

Pada 13 Jun lalu, polis dilaporkan menahan 13 lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam insiden rusuhan dan pergaduhan berkenaan.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan urusan hutang sebelum bertukar menjadi pergaduhan besar yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

Semakan rekod turut mendapati beberapa suspek yang dikaitkan dengan kumpulan terbabit mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This