TIDAK sampai 48 jam sahaja lagi, mesyuarat khas Parlimen akan diadakan pada Isnin, tiga ahli Parlimen didapati positif Covid-19 semasa menjalani ujian calitan, pada Jumaat.
Sumber memberitahu UtusanTV, tiga ahli Parlimen itu trut menjadi menjadi kontak rapat kepada empat ahli Parlimen dan kesemua mereka perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari ini.
Selain itu sumber tersebut juga memaklumkan, seramai 35 petugas Parlimen juga didapati positif Covid-19.
Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, sebanyak 95 peratus Ahli Parlimen sudah mendapat dua dos vaksinasi Covid-19 dengan 35 Ahli Parlimen lagi sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai ini.

