IJM lancar kempen vaksinasi Covid-19 untuk pekerja, keluarga

Dari Penulis

SEIRING dengan momentum untuk mempercepatkan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia, IJM Corporation Bhd (IJM) melancarkan sebuah program bagi membantu pekerja, keluarga dan rantaian bekalannya di sektor pembinaan untuk menerima suntikan vaksin mencegah jangkitan virus tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, IJM Corporation Berhad, Liew Hau Seng berkata, lebih seribu penerima vaksin telah mendapat suntikan pertama mereka melalui program PPV Trak Vaksin Bergerak anjuran IJM.

Program tersebut berlangsung di Tol DUKE R&R Segambut-RFID Fitment Centre, Lebuhraya Duke, Segambut yang telah dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin di bawah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan MYMedic@Wilayah Trak Vaksin Bergerak.

Katanya, program vaksinasi yang berlangsung selama dua hari ini telah dianjurkan dengan usahama JKG Land Berhad dan #OpsHarapan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikendalikan oleh sukarelawan.

Dalam satu kenyataan akhbar, beliau berkata, melalui inisiatif itu juga, IJM telah berjaya menaja sebanyak 200 slot vaksinasi kepada masyarakat, selain dari menaja perbelanjaan vaksin pekerja dan juga rantaian bekalannya.

BERITA BERKAITAN Pemberian vaksin sektor pembinaan bermula 1 Julai – Khairy

Katanya, inisiatif itu merupakan usaha IJM dalam menyokong inisiatif vaksinasi negara dan merupakan komitmen syarikat dalam memelihara kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan tenaga kerjanya.

“Kami di IJM sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik untuk pekerja dan pemberian vaksin adalah langkah terbaik dalam memerangi wabak ini. Lebih cepat kita capai kadar vaksinasi, maka lebih cepat ekonomi dan masyarakat boleh pulih seperti biasa,” katanya.

Hau Seng berkata, sebagai sebuah kumpulan yang mempunyai kepelbagaian bisnes, perlindungan vaksinasi amat penting untuk pekerja dan rantaian bekalan syarikat.

“Kami sedar akan cabaran yang dihadapi oleh pekerja disebabkan wabak ini. Oleh itu, pemberian vaksin ini merupakan langkah terbaik yang diambil sebagai persediaan kami untuk beroperasi secara penuh apabila dibenarkan nanti.”

“Kami menerima sambutan yang menggalakkan untuk program ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan IJM yang telah banyak membantu dalam memastikan operasi di pusat pemberian vaksin berjalan dengan lancar,” tambah beliau.

Sejak pandemik Covid-19 bermula, IJM secara konsisten telah melabur dalam keselamatan dan kesejahteraan pekerja – dari meningkatkan langkah keselamatan sepanjang operasi hinggalah menawarkan cuti perubatan vaksinasi kepada pekerja agar pulih dari sebarang gejala setelah divaksinasi.

IJM yang dibentuk pada tahun 1983, merupakan salah satu kumpulan pembinaan terkemuka di Malaysia dan disenaraikan di Bursa Malaysia. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This