Dana ETF Saham-A China patuh syariah Value Partners disenarai di Bursa Malaysia

Dari Penulis

VALUE Partners Group Ltd berjaya menyenaraikan dana VP-DJ Shariah China A-Shares 100 ETF, dana dagangan bursa (ETF) Saham- A China patuh syariah pertama dunia di Bursa Malaysia hari ini.

ETF Shariah China A-Shares mula disenaraikan di Pasaran Utama pada harga terbitan awal RM2 seunit dalam satu majlis penyenaraian yang diadakan secara maya hari ini.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar yang menyampaikan ucaptama berkata; “Pandemik COVID-19 telah menyaksikan semakin banyak pelabur mengambil pendekatan strategik ke arah pelaburan lestari.

“Produk yang patuh Syariah seperti ini mempunyai lebih banyak potensi kerana mementingkan pertimbangan etika dan tanggungjawab sosial. Disokong oleh kerangka kewangan Islam yang maju dan pasaran modal Islam yang mantap, penyenaraian ETF Syariah ini sangat sesuai untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pengasas bersama, pengerusi bersama dan ketua pegawai pelaburan bersama Value Partners Datuk Seri Cheah Cheng Hye berkata, ETF Shariah China A-Shares merupakan dana patuh Syariah dengan berpengkhususan dalam pelaburan sekuriti di China.

BERITA BERKAITAN ETF Saham-A China patuh syariah tersenarai di platform digital Wahed

“Kami sangat berterima kasih kepada Bursa Malaysia kerana menyediakan platform dan berharap ia akan menjadi pusat global untuk produk patuh Syariah melabur dalam sekuriti China,” katanya pada majlis penyenaraian yang diadakan secara maya hari ini.

ETF Shariah China A-Shares dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai, 2021 dan dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh Value Partner Group, Value Partners Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

Cheah berkata, ETF memberi pendedahan kepada pelabur mengenai saham patuh Syariah dalam lingkungan dunia ekuiti Saham-A China.

“Apabila kehendak pelaburan pelabur Malaysia terus berkembang, pelbagai instrumen pada kos yang lebih murah dengan akses cepat akan terus memainkan peranan penting dalam membina portfolio pelabur.

“Justeru, Bursa Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada pelabur melalui ETF seperti ETF Value Partners Shariah China A-Shares,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift dalam ucapan alu-aluannya menyatakan penyenaraian hari ini akan memberi peluang untuk meningkatkan pasaran ETF di Malaysia.

“Bagi memanfaatkan trend positif ini, bursa akan terus mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan ekosistem bagi menyokong pengembangan dan pertumbuhan produk ETF baharu,” katanya.

Ini, menurut beliau termasuk meningkatkan kesedaran dan keterlihatan ETF dalam kalangan pelabur, serta memperluas saluran pengedaran untuk menjadikan pelaburan di ETF lebih mudah diakses.

“Sokongan berterusan dari pihak pengawal selia dan penggubal dasar melalui inisiatif seperti lanjutan lima tahun pengecualian duti setem untuk ETF yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecairan dan urus niaga ETF di pasaran domestik,” tambah beliau.

Di peringkat global, Bursa Malaysia terus menyaksikan populariti ETF yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur, katanya sambil menambah bahawa ETF disukai kerana mudah diakses, kepelbagaian kos rendah dan pelbagai peluang perdagangan.

Sejak diperkenalkan pada awal tahun 1990-an, pasaran global untuk ETF telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa, dengan aset di bawah pengurusan dijangka melebihi RM36.9 trilion menjelang 2022.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This